THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Monday, November 29, 2010

Adik Afif Safuan Sudah Ditemui

Salam

Tadi Gebob tengok blog yanae .. Gebob ada post sal Adik Afif Safuan hilang sebelum ni..

Alhamdulillah...Afif sudah ditemui di Hospital UM.. Tq kepada mereka yang doakan agar Afif dijumpai dengan selamat.. :)

Sunday, November 28, 2010

My Sis's Wedding!

Salam

Tanggal 6/11/2010..Kakak ku yang ke - 3 selamat di ijabkabul dengan pasangan dia , Abu Abdul Rahman..21/11/2010 yang lepas kenduri sebelah lelaki pulak..kat Bota Kiri, Perak..Gebob drive sendiri tau dari Kota Bharu ke Perak..sumpah nak patah pinggang rasanye sebab jaoh sangat..Sebelum ni drive dari Kuantan ke Kb takde la penat sangat sebab bergilir dengan akak..Ni nak bergilir dengan uncle, dia pulak mabuk sebab jalan cam ular kena palu bila balik guna jalan Cameroon Highlands.

Semua berjalan lancar..kat sini pon ok..kat Bota pon ok..Even lepas kenduri Gebob terus demam 2 hari 2 malam..haha
hha...

Taknak cakap banyak..ni nak tunjuk snapshot mase weddin
g dia..Gebob cilok dari Fb Abang Azmir Khalid, photoshooter masa wed akak Gebob..


Ni sebenarnye kotak tisu tau..hahahha XD




Ni konon2nya cam kawan2 dia tak bagi Abg Abu ambik dia lagi




Orang cakap gambar ni berhantu sebab my sis nampak cam 'floating'



pergh..bestnye kawen..hahhahah XD



suka tengok gambar ni sbb tetibe ada rainbow..rainbow betul tu, bukan selepas edit ok..



4 gambar kat atas ni dekat Kellie Castle..lawa siot tempat ni




Ok la...Gebob doakan moga Kak Iti dengan Abg Bubu bahagia sampai hujung nyawa..Harap Abg Bubu boleh tahan dengan perangai Iti yang agak childish tu..hahhaha.. XD


p.s-bile la turn aku pulak nie..kuikuikui XD

Saturday, November 27, 2010

Kanak-kanak Hilang!



Assalamualaikum, readers ~

minta perhatian terutama blogger ! korang kalau boleh, copy la entry ni.


SESIAPA YANG ADA TERJUMPA KANAK-KANAK ( GAMBAR DI ATAS ). PLEASE & TOLONG LAPORKAN KAT BALAI POLIS. ATAU INFORMKAN KAT AFIF. NI ADIK SEPUPU DIA. HILANG PETANG SEMALAM. KAT AREA GOMBAK/PPR , GOMBAK SETIA. KANAK- KANAK NI BERNAMA AFIF SAFUAN DAN BERUMUR 10 TAHUN.


tolong ye ! kesian adik afif safuan ni. kecik lagi. tak pun, korang tinggalkan comment kat entri kalau ada ape-ape maklumat. TERIMA KASIH !

copy dari blog cik yanae

Sunday, November 14, 2010

Moga Aku Berwalikan Abahku

Salam..

Dah baca paper arini??

Haha..nak kahwin..mesti ada wali, kan?



Yang nk berbini 2, mesti dapat izin bini pertama , kan?

Semua tu kena ikut apa ditentukan agama kita la kan..

Tapi kenapa la masih ada yang bebal sanggup langgar perintah agama semata2 nak kesenangan duniawi yang sementara ni?

Ada ke pegi guna jurunikah haram..lepas tu pulak guna wali pakai lukisan je??? Alahai..ajaran kerajaan langit ke berapa la dorang pakai ni? Kononnya itu lukisan Wali Songo, seorang ulama' terkenal di Pulau Jawa mase kurun ke-17. Kalau betul pon itu Wali Songo, mana boleh pakai buat wali untuk kawen..Sengal giler.. Ini la lelaki bila takut nak minta dengan bini nak kawen 1 lagi, sanggup gadaikan agama..Yang pompuan tu pon satu hal, lelaki camni ko nak buat laki? Cari la lelaki yang boleh pimpin ko jadi lebih beriman..Kan tak pasal2 kena tangkap, malam pertama kat balai la korang, kan? Alahai..tak faham2..Tapi yang paling tak best jurunikah haram tu terlepas! Pakai ilmu ghaib ke apa..?? haha..

Nak tahu berita lanjut klik sini

Wednesday, November 10, 2010

Osphronemus Goramy

Salam

Maaf lama tak update blog..Minggu lepas sangat2 la busy..Online pon just bukak Fb n tengok apa yang penting je.. My sis kahwin sudah pada 6hb 11 yang lepas..Alhamdulillah..semua berjalan lancar.. Gebob pon dah kurus sikit ni tau nak kata betapa kuatnye bekerja..kahkahkahkahkah *mimpi la ko nak kurus* Wal
aupun ada satu tangan je yang berfungsi..At least banyak jugak goodybag yang Gebob dapat siapkan..

Berbalik pada title di atas..Apakah sebenarnya 'osphronemus goramy' ni? hahhaha... Google cepat...kuikuikui..ok..itu nama saintifik dia..Nama 'melayu' dia....Kaloi~ Kemain simple nama benda alah ni in BM k
an..hahhahha..

Ok..kawan2 rapat Gebob semua dah tahu Gebob suka bela ikan..Gebob ada kolam ikan kat rumah..ada ikan koi, ikan patin, ikan sepat, ikan selat, ikan kaloi mas dan kesayangan hamba ialah Kaloi sungai sekor ni..Kaloi sungai ni anta
ra penghuni terawal yang mendiami kolam Gebob ye..bersama2 dengan si patin dan 4 ekor koi..beli kat pasar tani mase tu Gebob Form 1..dah lebih..jap nak kire..ha..da lebih 6 tahun da bela mereka2 ni..Dan sekarang Kaloi dengan Patin la yang paling besau dalam kolam tu..

Nak di jadikan cerita..Gebob tak tahu yang Kaloi ni spesies yang suka mendominasi..yang mana dia sangat tak suka bercampurgaul beramahme
sra dengan ikan2 lain. Bila da makin besar ni..abes semua ikan2 lain di serangnye..da bberapa ekor ikan koi da mati..memang la sakit hati gila..So lepas bermesyuarat dengan CEO di rumah..kami sekat kolam sebelah lagi dengan batu..biarkan dia je kat situ..Tapi tadi koi kecik pegi menyelinap masuk kolam sebelah..ilang separuh ekor dia!nasib baik hidup lagi..adoi...Memang tak tahu da nak buat macam mana dengan Kaloi tu...Satu lagi dia ni berlagak sikit..nak makan roti mahal2 je..dia tak makan makanan ikan biase2 tu tau..dan dia jugak boleh detect kalau roti tu roti murah..hampeh betol! Nasib baik sayang..

Ada yang tak kenal Kaloi rupanya macam mana?Meh sini nak kasi tunjuk.

Besar kan? Kaloi Gebob kecik sikit daripada yang ni..eh2..bukan sikit..banyak la jugak..kuikuikui...

p.s- kak iti selalu berangan jadi bawang merah bila bagi kat Kaloi..kahkahkah XD