THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 6, 2010

Memories...never fade away...

Salam...

Dah lama wa tak update benda alah ni...Masa membataskan segala kemahuan ku...+ ketiadaan connection membuatkan diri ini terpinggir sebentar dari dunia hujung jari..Baru dapat connection balik last week..ribuan terima kasih kepada ayahanda tercinta kerana membenarkan anakanda membazirkan sedikit wang untuk mendapatkan connection..Akan ku balas jasa mu abah..

Dah nak masuk sebulan wa berada di Kuantan...terlampau banyak perkara yang tidak pernah ku jangka akan berlaku di sini..Kehidupan sebagai seorang pelajar berjalan dengan baik..tapi kehidupan sebagai seorang sahabat??Tidak berlaku seperti yang wa impikan..Kenapa bila wa sudah di semester ke 3 baru semua ini terjadi??

Sahabat..seribu kemaafan ku ungkapkan..Diri ini punya seribu kelemahan..seribu keburukan..seribu kekurangan..Aku khilaf..Aku alpa..Ku cuba untuk menjaga hati para sahabat..tapi ku sedar..diri ini..terkadang..tidak lepas dari melakukan kesilapan..Dalam erti sebuah persahabatan..Susah senang kita lalui bersama..Ku tahu..terkadang..di saat sahabat dalam kesusahan..aku hilang..aku pergi..Sedangkan bukan niatku untuk melakukan sedemikian..

Sahabat..aku rindu..saat kita bergelak ketawa merakam video Jai Ho...
Sahabat..aku rindu saat kita bersama2 makan aiskrim di depan 7-E..
Sahabat..aku rindu saat kita menggila di dalam fitting room di ECM..
Sahabat..aku rindu saat kita sama2 menjerit tengok cerita SCREAM..
Sahabat..aku rindu saat kita berjaga malam mengadap lappy masing2..
Sahabat..aku rindu saat kau menjaga aku ketika aku tiba2 jatuh sakit..
Sahabat..aku rindu saat kita berjalan bersama2 ke ECM smabil memegang kayu takut di ragut Mat Pet..
Sahabat..aku rindu saat kita webby bersama2 even di dalam bilik dan rumah yang sama..
Sahabat..aku rindu saat kita menggila menari lagu Korea bersama..
Sahabat..aku rindu saat kita makan pulut durian di Pesta Buah suatu ketika dahulu..
Sahabat..aku rindu saat kita sama2 menjaga Adey..
Sahabat..sesungguhnya..aku merindui KAMU...Aku merindui ukhuwwah kita..Aku merindui kemesraan kita..Aku merindui kasih sayang yang pernah terjalin sesama kita..

Hanya disebabkan ego..masing2 mendiamkan diri..menjadi orang asing..seperti tidak pernah kenal sebelum nie...Berselisih bahu..ibarat berselisih dengan angin....

Aku rendahkan ego ku..kerana aku sayang para sahabat ku..Aku tak mampu untuk menipu diri aku yang aku tak pernah kesah dengan apa yang terjadi...

Sahabat..ku pohon kemaafan..Aku tak ingin tergolong dalam golongan yang memutuskan silaturrahim..Dosa lain sudah tidak tertanggung..ku tak mahu ditambah dengan dosa lain lagi..kerana orang yang memutuskan ikatan persaudaraan..tidak akan ke Al-Jannah..

Sahabat..impianku..semua ini..bukan hanya tinggal kenangan..ku mahu ia berterusan..ku mahu ia berkekalan...

Akan ku hulurkan tangan ini..jikalau diri ini masih bergelar sahabat mu..sambutlah..sahabatku..
Jika tidak..ku akan mengerti...sesungguhnya..diri ini..tidak layak..bergelar..seorang sahabat... :')

Sahabat..aku rindu kemanisan bersahabat.. :')